BERITA OA DISTRIK

 

KURSUS

 

Kursus Projek Filipus merupakan satu kursus yang direka khas untuk membantu sesebuah gereja menunaikan tugas penginjilan dan permuridan.Kursus ini mengandungi 2 bahagian. Kursus ini terbuka kepada semua PP,Pastor dan pemimpin gereja.

 

pertama, PENGINJILAN: Mendapat kenalan baru untuk mengongsikan injil Kristus.

 

 kedua, PEMURIDAN:  Mendorong orang untuk mengikut Yesus melaui kelompok kecil serta komitmen kepada gereja tempatan

 

 

Kelas Diakon / Diakonis ini mengkhsusukan semua Pembantu Pastor dan juga pemimpin gereja . Kelas ini terbahagi kepada 4 bahagian dan 4 tenaga pengajar.

 

1.Pasukan lawatan kreatif & kemahiran kajian Alkitab - Pastor Jamal Ngah

 

2. Kebaktian Lutheran , mengajar katekisasi 1&2 dan asas doktrin Lutheran – Rev Andry Alang

 

3. Kaunseling Pra-Nikah , pelayanan penghiburan dan pengebumian & kursus berkhutbah-Rev Daniel Mualip

 

4. Penginjilan – Pastor Annam

 

 

Sekolah KBP ( komuniti Bantuan Dan Pelajaran) merupakan persatuan yang membantu pendidikan Orang Asal. KBP melatih Orang Asli yang mempunyai minat untuk menjadi guru melalui kursus-kursus yang dianjurkan. Di LCM kita sudah mempunyai 4 guru dan 1 pembantu guru yang mengajar di Pos Betau Kg Semul , Tasek Temenggur Gerik dan OATCC Lakeview yang sudah bermula pada 31/10/2023.

 

 

penyerahan buku katekismus kecil kepada jemaat di setiap zon OA distrik

 

(Kelas Diakon/Diakonis Zon Pengkalan Hulu 13/12/2023 , Tapah 19/12/2023 dan Cameron Highland  21/12/2023  ) Kaunseling Pra-Nikah , pelayanan penghiburan& pengebumian dan kursus berkhutbah oleh Rev Daniel Mualip.

 

Kursus Guru Pra Sekolah KBP Bahagian 3  pada 27-30/12/2023 Program Kursus Guru Pra Sekolah ini dianjurkan oleh KBP (Komuniti Bantuan dan pelajaran ) bertempat di HCC (Highland Christian Center) Tanah Rata Cameron Highland . Pada tahun 2024 , KBP berharap dapat membuka 30 tadika daripada 15pada tahun 2023 , 70 orang guru daripada 36 orang pada tahun 2023 4 kakitangan sepenuh masa daripada 2 orang pada tahun 2023 dan menjangkau kanak-kanak kawasan kampong melalui muzik dan sukan untuk mengelak kadar keciciran yang membimbangkan. DOAKAN !

 

5 orang wakil daripada OA Distrik terdiri daripada 4 pastor dan seorang Pembantu Pastor menyertai program “DISASTER MANAGEMENT” yang diadakan pada 7-11/11/2023 di Kuala Lumpur.

 

19/11/2023Pembaptisan dikendalikan olehRev Franklin Ishida di Gereja LCM-Bt 241 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak.telah dibaptis.  

5/12/2023 Pembaptisan di Kg Sarang Pos Betau oleh Rev.Daniel Mualip  

 

Kumpulan Karoling gereja-gereja LCM Orang Asli daripada zon Cameron Highland , Pengkalan Hulu dan Baling 

Sambutan hari natal di Kampung Sungai Kenyir Tasek Temenggor 24/12/2024 mengadakan sambutan hari natal di Kampung Penyau Tasek Temenggor 

 

 

 


Follow Us

ENQUIRER : Kindly contact the national office during office hours: 8.00am – 5.00pm


Lutheran Church in Malaysia 马来西亚基督教信义会

Luther Centre, Level 6, No. 6, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor Malaysia.

Tel: +603-7956 5992 / 0014    Fax: +603-7957 6953    email: hq@lcm.org.my